Cari apa?

Wednesday, 26 October 2011

Amalkan Gaya Hidup Sihat! Anda bagaimana?



Sebagai seorang remaja yang sedang membesar, kita hendaklah mengetahui bahawa mengamalkan gaya hidup yang sihat adalah merupakan 1 aspek penting dalam disiplin diri seseorang remaja. Apabila bercakap soal disiplin, ramai yang hanya berfikir bahawa disiplin itu?
  • mematuhi peraturan 
  • membuang sampah ke dalam tong sampah
  • menghormati orang tua dan guru
  • Jangan menghisap rokok dan banyak lagi…….
Tetapi, ramai yang tidak sedar bahawa mengamalkan GAYA HIDUP SIHAT juga disiplin diri.
Apakah itu gaya hidup sihat?lawak makanan seimbang

GAYA HIDUP YANG SIHAT ADALAH FAKTOR PENTING YANG AKAN MENENTUKAN TAHAP KESIHATAN DAN
KECERGASAN KITA.
WALAUPUN BAKA DAN ALAM SEKITAR MEMAINKAN PERANAN MEMPENGARUHI KESIHATAN MANUSIA,TETAPI
STATUS KESIHATAN DAN KECERGASAN KITA DITENTUKAN JUGA OLEH GAYA HIDUP DAN CARA MANA KITA MENGURUSKAN KEHIDUPAN KITA SETIAP HARI.


5 aspek berikut hendaklah menjadi amalan gaya hidup sihat.


  1. MAKANAN SEIMBANG
Kita hendaklah makan mengikut saranan piramid makanan. Makan paling banyak ialah makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, bijiran dan jagung. Ini kerana makanan tersebut mengandungi tenaga yang diperlukan badan. Makan banyak pula ialah makanan mengandungi protein iaitu ayam, daging, telur dan kekacang. Protein diperlukan badan untuk pembinaan tisu-tisu baru dan otot. Kita juga perlu makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin dan mampu meningkatkan imunisasi badan kita.
makan
Cuma, bagi seorang kanak-kanak dan remaja, kita disarankan agar anda mengambil makanan yang mengandungi protein sama banyak dengan makanan berkarbohidrat kerana pada umur tersebut tubuh anda sedang membesar dengan pesat. Dengan pengambilan protein yang tinggi, banyak tisu badan dan otot terbina.
Ingat! jangan suka mengambil makanan berlemak seperti marjerin, makanan bergoreng dan funny-photos-mcdonalds-advertisementsebagainya. Makanan yang berlemak perlu dikurangkan dan diambil tidak melebihi 30% jumlah kalori harian kerana boleh mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan kita.








2.KEBERSIHAN DIRI


Setiap manusia perlulah tahu menjaga kebersihan tubuh badan masing-masing. Contohnya; mandi 3 kali sehari, mengosok gigi, memotong kuku, mencuci rambut, memastikan kesihatan kulit dan sebagainya.
Sentiasalah memakai pakaian yang bersih dan kering. ingatlah bahawa pakaian yang kotor dan lembap mengandungi banyak kuman yang boleh menjejaskan kesihatan diri.
Amalan membersihkan tangan terutamanya sebelum dan selepas makan serta ketika ke tandas hendaklah menjadi satu kemestian.


3. REHAT YANG MENCUKUPI


nakedchickdh9op5bp5Dalam menjalani kehidupan seharian sebagai seorang pelajar dan atlit, tentu kita sering merasa keletihan. Justeru itu, kita mestilah merancang setiap aktiviti yang hendak dilakukan dan memastikan kita ada ruang yang mencukupi untuk merehatkan badan.
Sedikit panduan berikut boleh dijadikan amalan seharian. Pastikan kita tidur sekejap( antara 30 minit ke 1 jam) selepas waktu Zohor atau selepas pulang sekolah. Ini bagi memastikan badan kita kembali segar untuk melakukan aktiviti petang & malam. Ingat, Tidur sekejap selepas zohor adalah amalan Rasullullah juga. Pastikan kamu mendapat tidur yang mencukupi setiap malam. Tidur yang baik ialah sekurang-kurangnya 6 – 8 jam. Tidurlah seawal 10.30 malam dan bangun seawal 5.30 pagi.

Orang yang tidak cukup tidur dan rehat sentiasa akan merasa lesu dan tidak aktif.

4. PENYALAHGUNAAN BAHAN


Bahan-bahan seperti ubat-ubatan, gam, dadah dan banyak lagi jika disalahgunakan akan mendatangkan kemudaratan. Ini bermakna, bukanlah coach mengatakan bahawa dadah itu boleh diambil. Kebiasaanya, dadah banyak digunakan dalam perubatan. Tetapi, masyarakat kini telah menyalahgunakan dadah untuk aktiviti yang tidak berfaedah dan memudaratkan tubuh badan.
Justeru itu, kita hendaklah menjauhi dadah. Pastikan juga ubat yang diberi doktor tidak diambil secara berlebihan tanpa mengikut arahan doktor. Jangan gunakan ubat titis mata, krim muka, krim pelembap atau makanan tambahan orang dewasa tanpa mendapat nasihat doktor terlebih dahulu.
Suka-suka mengambil pil antibodi badan juga adalah dilarang. Biarkan tubuh kita membina antibodi badan secara semulajadi.


5. BERSENAM/BERSUKAN.

Seperti semua atlit sedia maklum, aktiviti bersenam dan bersukan memang tidak kekok lagi untuk dilakukan.
Walaubagaimanapun, jika kita tidak mampu melakukan aktiviti fizikal kerana cederaatau sakit, kita boleh melakukan aktiviti riadah seperti berjalan-jalan(bersiar-siar), bermain permainan tradisional, chess, layang-layang dan aktiviti rekreasi seperti memancing, berkelah, melihat burung dan yang bersesuaian.
Jadi…kepada anda semua? fikir-fikirkan dan ubahlah gaya hidup anda kepada GAYA HIDUP SIHAT!!!

No comments:

Post a Comment